Kumpulan sasar RISDA

Kumpulan Sasar seramai 425,739 pekebun kecil getah dan kelapa sawit di Semenanjung Malaysia. Jumlah keseluruhan 959,661 orang merangkumi ahli isi rumah termasuk isteri dan anak yang bakal menjadi generasi kedua

RISDA melaksanakan strategi pembangunan seperti berikut:

  • Menumpukan aktiviti pembangunan kepada pekebun kecil pemilik pengusaha seramai 201,057 orang
  • Memberi keutamaan kepada pembangunan secara berkumpulan
  • Memberi peluang kepada pekebun kecil yang progresif membangunkan ladang secara individu
  • Melaksanakn projek ekonomi onfarm berasaskan kehendak pasaran untuk menambah pendapatan
  • Melaksanakan program pembangunan insan melalui pendidikan yang berterusan bagi melahirkan pekebun kecil yang berinisiatif, berdaya maju dan memiliki budaya kerja yang cemerlang dan,
  • Mendekatkan RISDA kepada kumpulan sasar melalui penubuhan pejabat-pejabat cawangan di kawasan tumpuan pekebun kecil
  • Mewujudkan saluran pemasaran yang lebih cekap untuk hasil keluaran pekebun kecil.